ibu : " yeo, hari tu yeo ingat tak kita ade chat kat facebook Kak Nen (anak Mak Andak) kan? yang pasal Mak Andak masuk hospital tu."
aku: " a'ah, ingat.. kenapa?"
(dalam ati aku, mesti ada benda yang x kena ni)
ibu : "Mak Andak dah meninggal"
aku : "Innalillah.."
ibu : "Ibu nak bagitau tu je, nanti ape2 hal ibu telefon yeo lagi"
aku : "ok.."
lebih kurang camtu la perbualan dalam telefon, x ingat ayat yg sebenarnya..
jadi, 12 Julai 2010 tarikh pemergian salah seorang ibu saudara aku, yang aku panggil Mak Andak.. sem lepas aku ingat lagi aku n fmily aku pegi lawat arwah kat hospital kat JB.. kepalanya di botakkan sebab nak operate utk keluar kan nanah dalam kepala.. katanya jatuh kat bilik air(kalo x slap), tp aku dpt rasa mcm ada sebab lain..
anyway,13 Julai 2010, lepas kelas aku dapat telefon daripada ibu aku, hampir semua family belah ibu aku sedang dalam perjalanan daripada kota tinggi(time ni mayat dah siap kebumi,rumah Mak Andak) ke johor bahru (rumah sepupu aku) untuk siap2 mandi n rehat sbelum balik ke negeri masing.. so aku ni lpas klas, siapkan design poster n banner bg pada kawan aku untuk die print.
siap je aku trus nek moto, pg umah spupu aku.. jumpa sdara2..
sedih jgak la.. dah la jarang jumpa.. anak2 dia baya aku..
n sdih sangat bile aku cuba letakkan diri aku dalam situasi dorg..
kalo aku, aku xtau la nk hadapi camne..
hmm...
ha baru aku teringat.. n baru aku tau bdasarkan kata org tua2 kalo kite nampak kupu2 putih terbang dkat2 kite ngn tetiba dalam situasi yg x sepatutnya, maknanya ada ahli keluarga kita yg akn meninggal dunia..
maksud aku situasi yang x sepatutnya ialah mcm aku, n spupu2 aku alami sendiri beberapa hari sbelum pemergian Mak Andak :
-aku n iwan(sepupu aku) tengah breakfast kat Mcd pukul 4 pagi ari ahad hari tu kat bahagian dalam(ber-aircond), tetiba ada sekor kupu2 putih terbang lalu dkat aku n iwan lalu n terus hilang.. aku pun xtau dari mana die masuk(dah la tempat sejuk sbb aircond, tertutup plak tu), n time tu kitorang xtau la plak makne kejadian tu..so buat xtau je la..
-faiz(spupu aku duk kat kl), kupu2 putih terbang masuk dalam apartment.. tp kan, APARTMENT DIE TU KAT TINGKAT 20!!! ha korang pikirlah sendiri...
update 2/10/2010
-aku kat melaka, jalan2 ngan kawan aku.. tiba2 kat taman ternampak kupu2 putih.. aku berharap sangat takde apa2..
tup2 lepas masa cuti raya, shabat aku Akhmet Alban meninggal dunia.. al-fatihah..
-Allah itu Maha Berkuasa-
No comments:
Post a Comment